22 March 2013

MDAB − Mengubah Destini Anak Bangsa /Pra Diploma

Apa itu MDAB
MDAB? Apa tu? Biskut k? Biskut tengkorak hang!
MDAB merupakan satu program di bawah UiTM di mana program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada anak-anak bumiputera yang berpendapatan keluarga rendah serta keputusan SPM yang tidak melayakkan mereka ke universiti awam.
Para pelajar MDAB atau pra diploma ini akan belajar selama 6 bulan. Kemudian, mereka akan ada satu ujian di mana jika mereka lulus ujian tersebut mereka akan terus diserap ke tahap diploma mengikut bidang yang diminati masing-masing.
Syarat kelayakannya hanyalah Kredit 3 subjek termasuk BM dan lulus Bahasa Inggeris (minimum E)
MDAB atau program Mengubah Destinasi Anak Bangsa ini sangat saya recommend buat pelajar-pelajar bumi putera di luar sana yang kurang bernasib baik. Lebih menguntung buat para pelajar daripada anda pergi ke kolej swasta atau institut kemahiran. Mengapa? Sebab… :
1.Masuk Percuma
-Tak ada yuran! Masuk free! Masuk kolej swasta tahu-tahu sahajalah yurannya macam mana. Institut kemahiran pun ada mengenakan yuran bukan? Tetapi untuk pra diploma tidak dikenakan yuran. Mana lebih baik?
2.Tak Perlu Pinjaman
-Tak ada yuran of courselah tak ada pinjaman. So, tak payahlah nak risau kalau study sekerat jalan tak adalah nak menanggung hutang PTPTN macam kolej swastakan?
3.Elaun Setiap Bulan
-Sudahlah masuk free, dapat elaun pula! UiTM pula yang bayar kepada pelajar, bukan sebaliknya. Pelajar akan mendapat elaun sekitar RM200 hingga RM400 sebulan mengikut pendapatan keluarga. Jika keluarga anda berpendapatan rendah maka mungkin tinggilah sedikit elaun yang akan pelajar tersebut dapat.
4.Silibus pelajaran tidak susah
-Anda akan belajar Matematik dan Bahasa Inggeris sahaja! Dan semua yang ada dalam mata pelajaran ini sudah pun kita belajar di sekolah menengah! Bukan level universiti pun pra diploma ini. Cuma membezakannya dengan sekolah menengah ialah cara pembelajarannya yang lebih banyak ke arah presentation dan assignment.
5.Dapat duit Zakat RM2000 jika berjaya masuk ke peringkat diploma.
-Huh! Dah dapat elaun dan macam-macam pun beri duit lagi?! RM2000 tu! Namun, duit zakat ini bukan dari pihak UiTM tetapi daripada badan kebajikan.
Pihak UiTM mungkin hanya memohon untuk anda. Layak atau tidak bergantung di atas nasib masing-masing dan kelayakan yang dikehendaki oleh badan kebajikan tersebut. Kebiasaannya tiada masalah dalam kelulusan duit zakat ini.
Adui! Untungnya kaum bumi putera ini. Macam makan disuap, mandi disabun! TETAPI! Ramai juga yang hanyut! Yang ni manusia yang tak bersyukur. Sudah diberi macam-macam pun tak dihargai. Duit elaun pun buat enjoy. Adui! Susah nak membentuk kaum bumiputera ini terutama yang digelar Melayu! Bukan semua tetapi tidak salah jika saya cakap kebanyakannya adalah bergitu. Huh! Bukan omong kosong, bukan reka skrip tetapi dari pengalaman sendiri. Jadi nasihat saya bagi pelajar-pelajar lepasan SPM yang berhajat nak masuk program ini. Betulkan niat anda ke sini, jika sekadar kerana duit atau nak berlagak dengan title student. TAK PAYAH!
Cara nak masuk ke program ini? Pergi ke laman web UiTM dan download borang MDAB, isi, then pos.
Selamat Maju Jaya!

Related Articles

8 comments:

  1. bagaimana nk poskan borang mdab

    ReplyDelete
  2. Sy dh post dh borang mdab ni ... Actually keputusan penawaran dh kluar 18.5.15 ...sy check dh tp malangnya tidk berjaya...cuma nak tahu benda ni ada first and second in take ke?? Sy nak sgt smbung pra dip ni..harap reply :) trima ksih

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. download borang tu xperlu isi on9 ke.. apa yg perlu di pos skali dgn borang tu?

    ReplyDelete
  4. Kalau pendapatan ibubapa melebihi had yg ditetapkan oleh mdab boleh mohon tak pradiploma uitm . tapi saya kurang faham tentang borang itu. Sbb dekat borang tu tertulis pendapatan ibubapa tidak melebih 3000

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilah . Sye berjaya mndpt tawaran pra diploma uitm di jengka

    ReplyDelete
  6. saya sangat takut bila ada setengah yg cakap takde elaun, kena sara diri sendiri, masatu, saya tengah pikir apa patut saya kerja sambil belajar ataupun tidak, tapi bila saya baca ni, insyaALLAH saya rasa saya boleh capai impian saya,

    ReplyDelete
  7. Bulan 3 ada lgi ke kemasukan?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Followers

Search This Blog

Follow US on Google+

Follow Me!

Pages

Social Icons

Follow on Facebook

Pages - Menu

Advertisement