18 February 2018

Tips Temuduga Jawatan Pegawai Imigresen Gred KP19 - Part 1


Alhamdulillah, hari ini tergerak rase nk tengok blog saya nie. Lama betul tak menjenguknye. Last update zaman belajar diploma dulu. Konon-konon sibuk campur malas gini lah jadinye, Hehehe. Maaflah bagi yang bertanye mengenai permohonan MDAB post saya yang lalu tu tak berjawab.Tak perasan, email pun saya jarang-jarang check. Saya nak reply pun dah bertahun berlalu. :P

Syukur Alhamdulillah saya dah berjaya tamatkan diploma dan bekerja dalam industri selama beberapa bulan. Kalau ada kesempatan nanti saya akan ceritakan pengalaman diploma dan bekerja dalam industri swasta.

Berbalik pada tajuk, saya first dapat tawaran selepas saya update permohonan saya di portal SPA. Sekarang nie SPA dah kena update setahun sekali je tau. Kalau rasa dah lebih tempoh setahun tak panggil-panggil tu update lah semula permohonan anda. Mungkin rezeki saya, tak sampai seminggu selepas permohonan saya terus terima email tawaran Temuduga Pegawai Imigresen Gred KP17. Jangan pelik pulak kejap gred 17 kejap 19. Masa saya  interview tu masih lagi gred KP17 tapi dah dimansuhkan so time terima perlantikan gred dah meningkat jadi KP19. Kira beruntunglah sikit dapat tangga gaji tinggi sikit dari gred17.

Nasib baik jugaklah saya terbukak email dalam phone time nak clear notification, sebelum nie tak pernah nak bukak-bukan pun, huhuhu. Kalau tak melepas saje. Tapi, ade dugaan jugak nak pergi interview nie sebab masa tu saya sedang bekerja dekat Melaka dan interview pulak dekat Kuantan,Pahang.(Masa tu saya tak tahu boleh tukar tempat interview, kalau korang senasib macam saya, try call SPA minta tukar tempat interiew). Hotel tempat saya kerja pulak sibuk ketika tu ditambah lagi dengan kekurangan staff. Mintak cuti pun susah betul nak lepas nye. Last2 dapat jugaklah cuti 2 hari. Cukup-cukup untuk interview. Penat giler 2 hari tu terkejar-kejar.

Temuduga P.Imigresen KP19 nie terbahagi kepada 2 hari. Hari pertama ialah untuk Ujian Fizikal dan jika lepas ujian tersebut akan layak untuk Temuduga Lisan keesokkannye. Bagi saya, ujian fizikal lah yang paling kritikal kerana jika gagal di salah satu bahagian terus tidak layak walaupun bahagian-bahagian lain lepas.

Di sini saya sediakan flow dan tips untuk Ujian Fizikal (Hari Pertama) :

1) Jangan Lupa Bawa Surat Panggilan Temuduga dan I/C
Bahagian first nie ramai yang amik mudah. Ramai yang tak bawak, tak print dan yang tak tahu kewujudan surat tu pun ade. Sekarang ni SPA dah tak pos surat panggilan macam dulu dah. Diorang just email je then korang kene. Jadi pastikan email korang letak dalam permohonan tu betul-betul valid dan korang kene selalu check. Sesetengah tu dapat sms panggilan temuduga, tapi still korang kene check email n print surat tu. Kenapa penting? Sebab dalam surat tu ade maklumat Lembaga Temuduga (LTD) korang untuk pastikan korang ke bilik mana dan siapa yang akan menemuduga korang. Calon temuduga time saya dulu ramai sangat so diorang akan pecah2 ikut group LTD. Kalau tak bawak dah terkial-kial nk print. terpaksa manunggu lama pulak. Giliran korang dipanggil pulak ditentukan oleh susunan surat panggilan tu, takde surat tak panggil-pangillah nama korang. I/C pun penting jugak sebab diorang nak sah kan identiti takot ade orang menyamar untuk amik test fizikal bagi pihak korang. Jangan gelak sebab pernah terjadi.
Email yang saya terima.


2)Datang Awal Sejam
Kalau masa temuduga korang pukul 8pagi, kul 7pagi elok korang dah ada sana. Serius tak main-main kalau korang betul-betul nak tingkatkan peluang untuk lepas ujian fizikal. Kenapa? First sebab ramai calon datang temuduga, kalau korang sampai awal tak de lah korang kene tunggu giliran sampai petang. Saya sampai sejam awal pun masih beratur. Second, kalau korang dapat giliran awal panel penemuduga masih lagi ade 'mood' nak layan korang mintak second chance nak test balik contoh ujian penglihatan yang ramai terkandas dan sebagainye. Masa petang tu panel semua dah penat, kepala dah ingat nak balik dah, jgn harap nak layan korang.
Pusat Temuduga SPA Kuantan, Mahkota Square 


3)Pakaian sukan.
Ade jugak kes terlepas pandang surat panggilan tu ad ujian fizikal. Ingat terus ujian lisan macam mintak kerja opis so datang pakai seluar slack, kasut kulit, berkemeja siap denga tali leher. Memang susah nak lepas sebab nak melompat, mengangkang pakai sluar slack nie mengganggu sikit. Kena nasib tak baik panel awal-awal reject sebab tak alert. Pakaian sukan tu janganlah yang ketat ala skinny tu pulak, susah korang sebab panel akan suruh lipat kaki seluar sampai paha nanti untuk pemeriksaan parut.

4)Tinggi dan berat minimum
Ketinggian minimum 157cm bagi calon lelaki dan 153cm bagi calon wanita. Berat minimum pulak 48kg bagi calon lelaki dan 46kg bagi calon wanita. Ujian yang pertama korang kene tempuhi. Bahagian nie, kalau korang ade cable pangkat datuk nenek sekali pun memang susah nak lepas kalau tak mengcukupi. Kalau lebih tak apa pulak selagi paras BMI ok. Batch saya penah kene buat ujian fizikal semula sebab jadi isu 2 orang calon terlalu rendah dan nampak ketara ketika dalam perbarisan.

5)BMI
Hak nie memang kritikal, sangat-sangat kritikal. kebanyakkan calon balik awal sebab BMI lh. Korang sebelum gi temuduga tu check dulu BMI dan buat apa yang patut seperti naikkan berat atau kurangkan berat. BMI korang patut 19-26 sahaja, yang over 24 tu korang buat-buat lah berdiet dan jogging sikit-sikit bagi kurang berat. Yang terkurang dari 19 tu usahakan makan banyak sikit, ada tips dari sahabat saya makan pisang banyak-banyak untuk naikkan berat. Sayanglah korang berat dan tinggi minimum dah cukup tapi BMI pulak kacau.

6)Ujian Penglihatan
Ujian kedua penyebab ramai calon balik awal. Ujian mata nie terbahagi kepada dua, Snellen Chart Test dan test rabun warna. Snellen Chart Test nie korang kene baca huruf-huruf yang ditunjuk panel dalam jarak 6 meter. Tips die kat sini bila korang dah siap sebelah mata katakanlah sebelah kanan, sebelum test mata kiri start korang make sure korang dah bersedia dulu sebelum start test mata kiri tu sebab masa test mata kanan dijalankan, mata kiri dalam keadaan tertutup, bila bukak mata kiri tu awal-awal die akan jadi blur sikit macam kamera phone tengah adjust focus gitu. Bersedia yang saya maksudkan ialah pastikan dah hilang blur tu baru bagi isyarat dekat panel menandakan kita sudah bersedia.

7)Ukuran Dada (Calon Lelaki sahaja)
Mengikut panduan pemeriksaan fizikal dan pancaindera dari portal SPA ukuran dada sebelum tarik nafas ialah 79cm dan 84cm selepas tarik nafas. Tetapi, panel penemuduga saya memaklumkan yang mereka kira sebenarnye ialah perbezaan ukuran sebelum dan selepas tarik nafas mesti 5cm. contoh jika ukuran dada kita sebelum tarik nafas ialah 80cm, maka selepas tarik nafas ukuran kita mesti sekurang-kurangnye 85cm.

8)Pemeriksaan Tubuh Badan
Part nie korang kena buka baju (calon lelaki) dan lipat kaki seluar sampai ke paha sebab diorang nak check kot2 ade parut. Jadi yang bulu ketiak atau bulu-bulu lain yang berlebihan tu korang pikir sendirilah ye ape korang ptut buat. Yang ade parut calar balar macam gi berperang tu jangan risau kalau takde tulang patah, urat putus sebagainye. Diorang check parut tu nak check korang ade excident atau jalani pembedahan. Ade atau takde parut panel tetap akan suruh korang pumping dan melompat lutut cecah dada untuk tengok kemampuan korang. Berapa banyak nak lompat @ pumping? bergantung pada panel, saya punye panel suruh buat sampai dia suruh berhenti. Tercungap-cungap lepas siap tu.
Macam nie lah gaye nye. (Gambar: Ihsan Google)

9)Berkawad
Panel akan test cara korang berkawad dan time nie lah die detect masalah fizikal yang lain seperti tangan bengkok, bahu bongkok dan sebagainye. sebelum go interview nanti try korang berdiri depan cermin atau suruh orang lain perhatikan postur badan korang ok tak. Pastu nak pesan kalau panel tak bagi pakai baju dan suruh korang kawad depan orang tu, pedulikan lah control macho korang tu dan buat sebaik-baiknye. Malunye saya time nie sebab kene kawad dalam keadaan tak berbaju depan orang termasuk panel wanita pun ade terus jadi tunggang langgang, nasib baik panel tu baik hati bagi test lagi sekali.

10)Panggilan kepada panel
Korang study lah pangkat dan gelaran bagi panel-panel korang. Lebih-lebih lagi yang pakai uniform lengkap dengan pangkat atas bahu tu. Nampaklah sikit korang nie bersungguh dan hormat kat diorang. Gred 19 korang blh panggil Encik/Cik bagi gred 22-28 pggilan nye Chif, bagi gred 29 dan ke atas Tuan/Puan/Dato/TanSri etc. Bahagian temuduga lisan tu try jorang tnye staff SPA di kaunter siapa nama panel korang supaya korang boleh panggil dengan gelaran yang betul. Jangan panggil baham loghat ko, hang, demo pulak.
Pangkat dan Gelaran Pegawai Imigresen


11)Bawa sijil-sijil dan dokumen lain.
Jika korang lepas semua ujian, korang kene ke kaunter SPA untuk sahkan temuguda lisan pulak. Time nie korang bg sekali sijil2 dan dokumen yang korang dah susun dalam fail(cari cara susunan fail untuk temuduga dengan betul) dekat pegawai SPA tu untuk semak kot2 ade yang salah atau tertinggal. Jadi tak kalut sangat keesokkan nye, korang boleh fokus dengan study mengenai jawatan dan jabatan pulak.
Contoh Susunan Dokumen


Itu sahaja lah tips dan sedikit pengalaman saya ketika temuduga fizikal P.Imigresen KP19. Inshaa Allah saya akan kongsikan pula tips2 temuduga lisan di lain entry. semoga post ini memberi manfaat dan goodluck kepada calon2 temuduga. :)




Powered by Blogger.

Followers

Search This Blog

Follow US on Google+

Follow Me!

Pages

Social Icons

Follow on Facebook

Pages - Menu

Advertisement