28 February 2013

Universiti - Satu langkah baru

Universiti? Apa yang anda bayangkan tentang universiti? Bangunan fakulti, dewan kuliah, kafe, gelanggang permainan, studio muzik/kebudayaan dan macam-macam lagi yang boleh anda bayangkan. Bagaimana keadaan di universiti agaknya ya? Saya tersenyum bila teringat akan debaran saya sebelum masuk ke universiti kerana saya bimbang kehidupan saya mungkin membosankan, tetapi bila saya masuk ke sini, saya hanya boleh katakan 'WOW!!' untuk menggambarkan kehidupan alam universiti. Bagi saya, adalah satu kerugian pada mereka yang tidak merasa hidup sebagai pelajar di universiti. Cuba anda bayangkan kemudahannya sahaja, anda boleh menggunakan perpustakaan yang luas, cybercafe, gelanggang futsal, keranjang, ragbi, tennis, badminton, kayak, gymnasium, trek jogging, dan banyak lagi dengan percuma. Tambahan pula elaun pelajar yang sentiasa masuk serta bantuan kerajaan yang melimpah-limpah. Aktiviti-aktiviti kampus pula sentiasa diadakan dan kesemua aktiviti ini amat menyeronokkan seperti berkhemah di tempat-tempat menarik, festival jualan pelajar, malam kebudayaan pelajar yang mengagumkan, konvoi berkenderaan beramai-ramai, explorace dan banyak lagi. Boleh katakan sepanjang saya bergelar pelajar. Saya lansung tidak merasa bosan kerana tiada aktiviti yang hendak dilakukan. Dari segi sukan pula, anda jangan bimbang jika anda tidak ada kemahiran dalam bidang sukan kerana kebanyakan pelajar-pelajar universiti sangat 'sporting', mereka akan bantu anda untuk mengasah bakat anda yang terpendam. Rakan-rakan? Anda lupakan zaman persekolahan anda dahulu kerana di universiti kebanyakan pelajar mempunyai peribadi yang baik, mungkin ada yang tidak seberapa elok perangai tapi hanya segelintir sahaja. Anda akan mempunyai ramai rakan yang sporting, percayalah, tetapi ingat! Anda juga perlu jadi sporting.
Kehidupan sebagai seorang pelajar sangat seronok sebenarnya, akan tetapi dalam keseronokkan itu kita harus berwaspada bagi mengelakkan hanyut di dalam arus keseronokan hingga alpa kepada pelajaran. Ramai rakan-rakan yang tewas dengan godaan kehidupan kampus ini, hasilnya mereka sering tertinggal dalam pelajaran dan sering kekurangan wang kerana menghabiskannya untuk berseronok dan gajet. Bayangkan sesetengah pelajar hampir setiap hari ke bandar hanya untuk berkaroeka, shopping, kfc dan sebagainya sedang mereka mempunyai banyak tugasan lain yang perlu disiapkan. Cukup sedih kerana kita hanya mampu melihat mereka alpa begitu kerana tidak mahu dilabel sebagai penyibuk, dengki dan sebagainya. Akan tetapi agak menyusahkan kita, apabila kita terpaksa bekerjasama dengan mereka dalam kerja berkumpulan. Seolah-olah kita berkerja seorang diri kerana mereka hanya memikirkan keseronokkan tetapi endah tidah endah terhadap pelajaran. Mahu tidak mahu, terpaksalah kita membuat sebaik yang mungkin seorang diri kerana tidak mahu mendapat markah yang sedikit. Kadang kala perkara ini amat menyakitkan hati. Ada juga sesetengah pelajar menggunakan alasan sukan dan aktiviti universiti sebagai modal untuk mengelak dari disalahkan kerana akedemik menurun. Sebenarnya tidak salah bersukan, saya juga bersukan. Tetapi haruslah kita bijak mengurus masa kita bersukan disamping menyiapkan tugasan dan mengulangkaji pelajaran.
Namun alhamdulillah, perkara tersebut tidak terjadi kepada saya, malahan rakan sekelas saya juga kebanyakkannya memberi kerjasama yang baik.
LOVE U GUYS! TQ :-)

Related Articles

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers

Search This Blog

Follow US on Google+

Follow Me!

Pages

Social Icons

Follow on Facebook

Pages - Menu

Advertisement