22 March 2013

MDAB − Mengubah Destini Anak Bangsa /Pra Diploma

Apa itu MDAB
MDAB? Apa tu? Biskut k? Biskut tengkorak hang!
MDAB merupakan satu program di bawah UiTM di mana program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada anak-anak bumiputera yang berpendapatan keluarga rendah serta keputusan SPM yang tidak melayakkan mereka ke universiti awam.
Para pelajar MDAB atau pra diploma ini akan belajar selama 6 bulan. Kemudian, mereka akan ada satu ujian di mana jika mereka lulus ujian tersebut mereka akan terus diserap ke tahap diploma mengikut bidang yang diminati masing-masing.
Syarat kelayakannya hanyalah Kredit 3 subjek termasuk BM dan lulus Bahasa Inggeris (minimum E)
MDAB atau program Mengubah Destinasi Anak Bangsa ini sangat saya recommend buat pelajar-pelajar bumi putera di luar sana yang kurang bernasib baik. Lebih menguntung buat para pelajar daripada anda pergi ke kolej swasta atau institut kemahiran. Mengapa? Sebab… :
1.Masuk Percuma
-Tak ada yuran! Masuk free! Masuk kolej swasta tahu-tahu sahajalah yurannya macam mana. Institut kemahiran pun ada mengenakan yuran bukan? Tetapi untuk pra diploma tidak dikenakan yuran. Mana lebih baik?
2.Tak Perlu Pinjaman
-Tak ada yuran of courselah tak ada pinjaman. So, tak payahlah nak risau kalau study sekerat jalan tak adalah nak menanggung hutang PTPTN macam kolej swastakan?
3.Elaun Setiap Bulan
-Sudahlah masuk free, dapat elaun pula! UiTM pula yang bayar kepada pelajar, bukan sebaliknya. Pelajar akan mendapat elaun sekitar RM200 hingga RM400 sebulan mengikut pendapatan keluarga. Jika keluarga anda berpendapatan rendah maka mungkin tinggilah sedikit elaun yang akan pelajar tersebut dapat.
4.Silibus pelajaran tidak susah
-Anda akan belajar Matematik dan Bahasa Inggeris sahaja! Dan semua yang ada dalam mata pelajaran ini sudah pun kita belajar di sekolah menengah! Bukan level universiti pun pra diploma ini. Cuma membezakannya dengan sekolah menengah ialah cara pembelajarannya yang lebih banyak ke arah presentation dan assignment.
5.Dapat duit Zakat RM2000 jika berjaya masuk ke peringkat diploma.
-Huh! Dah dapat elaun dan macam-macam pun beri duit lagi?! RM2000 tu! Namun, duit zakat ini bukan dari pihak UiTM tetapi daripada badan kebajikan.
Pihak UiTM mungkin hanya memohon untuk anda. Layak atau tidak bergantung di atas nasib masing-masing dan kelayakan yang dikehendaki oleh badan kebajikan tersebut. Kebiasaannya tiada masalah dalam kelulusan duit zakat ini.
Adui! Untungnya kaum bumi putera ini. Macam makan disuap, mandi disabun! TETAPI! Ramai juga yang hanyut! Yang ni manusia yang tak bersyukur. Sudah diberi macam-macam pun tak dihargai. Duit elaun pun buat enjoy. Adui! Susah nak membentuk kaum bumiputera ini terutama yang digelar Melayu! Bukan semua tetapi tidak salah jika saya cakap kebanyakannya adalah bergitu. Huh! Bukan omong kosong, bukan reka skrip tetapi dari pengalaman sendiri. Jadi nasihat saya bagi pelajar-pelajar lepasan SPM yang berhajat nak masuk program ini. Betulkan niat anda ke sini, jika sekadar kerana duit atau nak berlagak dengan title student. TAK PAYAH!
Cara nak masuk ke program ini? Pergi ke laman web UiTM dan download borang MDAB, isi, then pos.
Selamat Maju Jaya!

14 March 2013

Mengurus Masa Anda!


1.Adakah anda biasanya bangun tepat pada masanya?
2.Adakah anda menyimpan kebanyakan pelantikan anda?
3.Adakah anda menepati tarikh akhir tugasan anda?
4.Adakah anda mula melakukan kerja rumah atau tugasan anda lebih awal supaya saya tidak perlu untuk tergesa-gesa menyiapkannya di saat-saat terakhir?
5.Adakah anda menggunakan senarai untuk menjaga dianjurkan?
 6.Adakah rekod tarikh akhir anda tugasan pada kalendar anda?
7.Adakah anda mengelakkan belajar di depan TV?
8.Adakah anda mengkaji subjek yang sukar terlebih dahulu?
9.Adakah anda menjadualkan masa untuk mengulangkaji untuk peperiksaan?
10.Adakah anda mempunyai sedikit masa untuk diri sendiri berehat dan relaks?

Jika anda telah menjawab 'Tidak' kepada tiga atau lebih daripada soalan di atas, maka anda perlu untuk meningkatkan kemahiran pengurusan masa. Masa adalah sumber yang unik kerana ia tidak boleh kita kumpul, dihidupkan atau dimatikan dan digantikan. Apa sahaja masa yang telah kita sia-sia akan hilang selama-lamanya. Oleh itu, kita mesti menghargai masa kita dengan merancang dan menguruskannya dengan berkesan supaya kita boleh meng’optimis’kan masa kita bagi mencapai matlamat hidup kita.

Setiap orang mempunyai jumlah masa yang sama iaitu 24 jam setiap hari, 60 saat setiap minit. Adalah penting bagi kita untuk membuat perancangan masa yang paling berkesan untuk kita mencapai matlamat kita. Sebelum kita belajar bagaimana untuk menguruskan masa kita dengan berkesan, mari kita terlebih dahulu memahami bagaimana anda menggunakan masa anda setiap hari.

Langkah 1 – Analisis

Pertama, mengetahui kira-kira berapa jam setiap hari anda belanjakan untuk tidur, kelas, sukan, dan lain-lain Mari kita melihat satu contoh di sini. Ini adalah analisis saya bagaimana saya biasanya menggunakan masa saya.

Tidur -10 jam
Makan - 2 jam
 Ronda-ronda  - 1 jam
Kelas - 4 jam
Sukan - 2 jam
Permainan Komputer - 3 jam
Sosial - 2 jam

Berdasarkan senarai ini, aktiviti manakah yang anda fikir saya telah menghabiskan terlalu banyak masa untuknya? Aktiviti manakah yang tidak diperuntukkan masa yang mencukupi? Adakah terdapat aktiviti penting yang telah saya tertinggal? Apakah aktiviti tersebut dan mengapakah anda berfikir ianya penting?

Langkah 2 – Merancang

Setelah anda mengetahui kebiasaan anda menggunakan masa anda, langkah seterusnya ialah merancang bagaimana untuk menghabiskan masa anda dengan lebih berkesan.
Sekarang, mari kita lihat pada senarai aktiviti saya lagi. Selepas menganalisis penggunaan masa saya, ini adalah bagaimana perancangan masa baru saya untuk menggunakan masa saya dengan berkesan. Adakah anda bersetuju dengan perancangan masa saya?

Tidur - 8 jam
Makan - 2 jam
Berehat - 1 jam
Kelas  – 4 jam
Sukan – 2 jam
Sosial – 1 jam
Membaca - 2 jam
Menulis blog - 2 jam
Mengulangkaji - 2 jam

Selepas saya melakukan perancangan supaya saya boleh menggunakan masa saya dengan lebih berkesan, saya perlu mematuhi perancangan yang telah saya tetapkan.  Saya perlu mencuba pelan masa baru saya sekurang-kurangnya seminggu. Jika saya berpuas hati dengan rancangan itu, maka saya boleh teruskan dengannya. Tetapi, jika saya masih tidak berpuas hati dengannya, saya perlu untuk analisis sekali lagi dan merancang semula dengan pendekatan yang berbeza sehingga ia sesuai dengan saya.

2 March 2013

Pelajar dan motivasi

Pelajar amat memerlukan motivasi ketika berada di dalam keadaan tertekan. Hal ini demikian kerana kehidupan siswa dan siswi kekadang menjadi tegang apabila menghadapi masalah-masalah tertentu seperti assignment yang terlalu banyak dan sebagainya. Jadi, saya akan menyediakan cerita dan kata-kata motivasi untuk anda semua.
Saya turut menggunakan kaedah self motivation ini. Setiap post motivasi saya akan mulakan tajuknya dengan 'MOTIVASI' seterusnya diikuti dengan tajuknya sendri.
Selamat bermotivasi:-)

1 March 2013

Cabaran Sebagai Seorang Pelajar

Dalam entri yang lalu, saya ada menyatakan yang kehidupan seorang pelajar amat menyeronokkan. Ya, memang benar bergelar pelajar memang menyeronokkan, akan tetapi, ia dikatakan mempunyai cabarannya yang tersendiri. Benarkah? Mungkin benar namun janganlah kita bimbang sangat, sampai cakar-cakar dinding atau gigit kaki kerusi pula,  setiap cabaran dan permasalahan pasti boleh diatasi dengan cara dan kaedah yang betul. Ada pepatah berbunyi, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.
Jadi, apakah cabarannya?
1. Mengimbang aktiviti kampus dan akedemik
Bukan mudah membuat dua perkara dalam satu masa. Ia sama seperti sebelah tangan menggosok paha dan sebelah lagi menepuk paha dan tukar dengan pantas. Sukar bukan? Tetapi ingat! Saya tidak menyatakan ia mustahil, saya cuma beranggapan ia sedikit sukar. Penyelesaiannya ialah pengurusan masa. Seorang pelajar haruslah bijak menguruskan masanya dengan baik. Selepas ini saya akan menyentuh lebih dalam mengenai pengurusan masa.
2.Tugasan yang banyak
"Alamak, banyaknya assignment!" Itu mungkin salah satu rungutan seorang pelajar universiti. Memang kebiasaan bagi pelajar menerima tugasan yang diberikan pensyarah, akan tetapi kadang-kala ia menjadi terlalu banyak sehingga ada pelajar terpaksa berjaga sepanjang malam untuk menyiapkannya. Benarkah bergitu? Tidak seratus peratus benar pada pendapat saya, saya tidak nafikan kekadang tugasan yang berlambak menekan saya. Tetapi, saya boleh menyelesaikannya dengan satu cara yang kebanyakkan pelajar gagal untuk buat, JANGAN BERLENGAH!. Ramai rakan-rakan yang suka mengamalkan sikap berlengah dan suka membuat kerja last minute lalu mengakibatkan tekanan perasaan dan hasil kerja yang tidak memuaskan.
3. Terleka
Mudah terleka dengan perkara-perkara lain yang diluar bidang akademik seperti hiburan dan aktiviti sukan. Aktiviti-aktiviti sedemikian tidak salah, malahan perlu bagi seorang pelajar melibatkan diri dengan aktiviti tersebut. Akan tetapi, jangan terlalu fokus terhadap aktiviti tersebut hingga mengabaikan akademik yang sepatutnya diutamakan. Pepatah ada berbunyi, tarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus tepung jangan berselerak. Amalkan pepatah tersebut dalam kehidupan anda. Uruskan 2 perkara tersebut dengan bijak.
4. Pelajaran Susah
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Ingatlah rakan-rakan, tidak ada perkara yang mudah di dunia ini. Semuanya memerlukan usaha. Pernah saya mendengar seorang pakar motivasi berkata "tiada kejayaan tanpa pengorbanan kecuali satu kebetulan". Benar kata-kata itu, untuk sesuatu yang berharga pada masa hadapan haruslah kita berusaha dan berkorban. Gunakan kaedah pembelajaran yang betul, kemaskan nota anda, perbanyakkan latihan, kerapkan ulangkaji. Insyaallah kejayaan akan menyusul.
5.Masa terhad
Pernah anda berkejaran ke sana ke mari semata-mata untuk menyiapkan tugasan atau ke kelas. Benarkah bergitu? Cuba anda rewind balik aktiviti anda sebelum adegan kejar-mengejar tersebut. Adakah pergerakkan anda lincah seperti arnab atau dalam keadaan slow motion seperti kura-kura? Mengapa saya bertanya demikian? Kerana anda berlengah dalam melakukan sesuatu. Adakah berjalan ke kafe atau library mengambil masa hingga setengah jam? Makan sehingga sejam? Pantas rakan-rakan! Sekarang dunia semakin pantas, anda terlambat anda akan tertinggal. Jangan sia-siakan masa anda, bukankah masa itu emas.
Banyak lagi masalah yang dianggap cabaran bagi pelajar yang tidak sempat saya senaraikan di sini. Kesimpulannya, kebanyakkan masalah ini bukanlah masalah besar, tetapi diperbesarkan oleh pelajar itu sendiri. Sesetengah masalah itu pula timbul akibat tindakan pelajar sendiri, jadi siapakah sebenarnya patut dipersalahkan? Sistem pembelajarankah? Adakah kita yang perlu berubah mengikut keadaan atau perlu mengubah keadaan mengikut selera kita? Jawapannya saya rasa anda boleh fikir sendiri. :-)

28 February 2013

Universiti - Satu langkah baru

Universiti? Apa yang anda bayangkan tentang universiti? Bangunan fakulti, dewan kuliah, kafe, gelanggang permainan, studio muzik/kebudayaan dan macam-macam lagi yang boleh anda bayangkan. Bagaimana keadaan di universiti agaknya ya? Saya tersenyum bila teringat akan debaran saya sebelum masuk ke universiti kerana saya bimbang kehidupan saya mungkin membosankan, tetapi bila saya masuk ke sini, saya hanya boleh katakan 'WOW!!' untuk menggambarkan kehidupan alam universiti. Bagi saya, adalah satu kerugian pada mereka yang tidak merasa hidup sebagai pelajar di universiti. Cuba anda bayangkan kemudahannya sahaja, anda boleh menggunakan perpustakaan yang luas, cybercafe, gelanggang futsal, keranjang, ragbi, tennis, badminton, kayak, gymnasium, trek jogging, dan banyak lagi dengan percuma. Tambahan pula elaun pelajar yang sentiasa masuk serta bantuan kerajaan yang melimpah-limpah. Aktiviti-aktiviti kampus pula sentiasa diadakan dan kesemua aktiviti ini amat menyeronokkan seperti berkhemah di tempat-tempat menarik, festival jualan pelajar, malam kebudayaan pelajar yang mengagumkan, konvoi berkenderaan beramai-ramai, explorace dan banyak lagi. Boleh katakan sepanjang saya bergelar pelajar. Saya lansung tidak merasa bosan kerana tiada aktiviti yang hendak dilakukan. Dari segi sukan pula, anda jangan bimbang jika anda tidak ada kemahiran dalam bidang sukan kerana kebanyakan pelajar-pelajar universiti sangat 'sporting', mereka akan bantu anda untuk mengasah bakat anda yang terpendam. Rakan-rakan? Anda lupakan zaman persekolahan anda dahulu kerana di universiti kebanyakan pelajar mempunyai peribadi yang baik, mungkin ada yang tidak seberapa elok perangai tapi hanya segelintir sahaja. Anda akan mempunyai ramai rakan yang sporting, percayalah, tetapi ingat! Anda juga perlu jadi sporting.
Kehidupan sebagai seorang pelajar sangat seronok sebenarnya, akan tetapi dalam keseronokkan itu kita harus berwaspada bagi mengelakkan hanyut di dalam arus keseronokan hingga alpa kepada pelajaran. Ramai rakan-rakan yang tewas dengan godaan kehidupan kampus ini, hasilnya mereka sering tertinggal dalam pelajaran dan sering kekurangan wang kerana menghabiskannya untuk berseronok dan gajet. Bayangkan sesetengah pelajar hampir setiap hari ke bandar hanya untuk berkaroeka, shopping, kfc dan sebagainya sedang mereka mempunyai banyak tugasan lain yang perlu disiapkan. Cukup sedih kerana kita hanya mampu melihat mereka alpa begitu kerana tidak mahu dilabel sebagai penyibuk, dengki dan sebagainya. Akan tetapi agak menyusahkan kita, apabila kita terpaksa bekerjasama dengan mereka dalam kerja berkumpulan. Seolah-olah kita berkerja seorang diri kerana mereka hanya memikirkan keseronokkan tetapi endah tidah endah terhadap pelajaran. Mahu tidak mahu, terpaksalah kita membuat sebaik yang mungkin seorang diri kerana tidak mahu mendapat markah yang sedikit. Kadang kala perkara ini amat menyakitkan hati. Ada juga sesetengah pelajar menggunakan alasan sukan dan aktiviti universiti sebagai modal untuk mengelak dari disalahkan kerana akedemik menurun. Sebenarnya tidak salah bersukan, saya juga bersukan. Tetapi haruslah kita bijak mengurus masa kita bersukan disamping menyiapkan tugasan dan mengulangkaji pelajaran.
Namun alhamdulillah, perkara tersebut tidak terjadi kepada saya, malahan rakan sekelas saya juga kebanyakkannya memberi kerjasama yang baik.
LOVE U GUYS! TQ :-)

27 February 2013

I'm the Crazy Student

Hii...
Saya Akim Port Lee, berasal dari Kemaman, Terengganu.
Berumur 19 tahun(2013), Masih bujang tapi bukan single. :-P
Merupakan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu Kampus Dungun.

Tujuan saya mewujudkan blog ini untuk berkongsi pengalaman serta pengetahuan saya sebagai pelajar dengan anda dan membantu rakan-rakan yang mungkin memerlukan maklumat yang akan saya paparkan. Semoga kita sama-sama memperoleh manfaat darinya.

Selamat membaca!
*sebarang pertanyaan/cadangan mahupun kritikan, sila email saya - akimlee94@gmail.com

Powered by Blogger.

Followers

Search This Blog

Follow US on Google+

Follow Me!

Pages

Social Icons

Follow on Facebook

Pages - Menu

Advertisement