18 February 2018
Tips Temuduga Jawatan Pegawai Imigresen Gred KP19 - Part 1
Alhamdulillah, hari ini tergerak rase nk tengok blog saya nie. Lama betul tak menjenguknye. Last update zaman belajar diploma dulu. Konon-konon sibuk campur malas gini lah jadinye, Hehehe. Maaflah bagi yang bertanye mengenai permohonan MDAB post saya yang lalu tu tak berjawab.Tak perasan, email pun saya jarang-jarang check. Saya nak reply pun dah bertahun berlalu. :P
Syukur Alhamdulillah saya dah berjaya tamatkan diploma dan bekerja dalam industri selama beberapa bulan. Kalau ada kesempatan nanti saya akan ceritakan pengalaman diploma dan bekerja dalam industri swasta.
Berbalik pada tajuk, saya first dapat tawaran selepas saya update permohonan saya di portal SPA. Sekarang nie SPA dah kena update setahun sekali je tau. Kalau rasa dah lebih tempoh setahun tak panggil-panggil tu update lah semula permohonan anda. Mungkin rezeki saya, tak sampai seminggu selepas permohonan saya terus terima email tawaran Temuduga Pegawai Imigresen Gred KP17. Jangan pelik pulak kejap gred 17 kejap 19. Masa saya interview tu masih lagi gred KP17 tapi dah dimansuhkan so time terima perlantikan gred dah meningkat jadi KP19. Kira beruntunglah sikit dapat tangga gaji tinggi sikit dari gred17.
Nasib baik jugaklah saya terbukak email dalam phone time nak clear notification, sebelum nie tak pernah nak bukak-bukan pun, huhuhu. Kalau tak melepas saje. Tapi, ade dugaan jugak nak pergi interview nie sebab masa tu saya sedang bekerja dekat Melaka dan interview pulak dekat Kuantan,Pahang.(Masa tu saya tak tahu boleh tukar tempat interview, kalau korang senasib macam saya, try call SPA minta tukar tempat interiew). Hotel tempat saya kerja pulak sibuk ketika tu ditambah lagi dengan kekurangan staff. Mintak cuti pun susah betul nak lepas nye. Last2 dapat jugaklah cuti 2 hari. Cukup-cukup untuk interview. Penat giler 2 hari tu terkejar-kejar.
Temuduga P.Imigresen KP19 nie terbahagi kepada 2 hari. Hari pertama ialah untuk Ujian Fizikal dan jika lepas ujian tersebut akan layak untuk Temuduga Lisan keesokkannye. Bagi saya, ujian fizikal lah yang paling kritikal kerana jika gagal di salah satu bahagian terus tidak layak walaupun bahagian-bahagian lain lepas.
Di sini saya sediakan flow dan tips untuk Ujian Fizikal (Hari Pertama) :
1) Jangan Lupa Bawa Surat Panggilan Temuduga dan I/C
Bahagian first nie ramai yang amik mudah. Ramai yang tak bawak, tak print dan yang tak tahu kewujudan surat tu pun ade. Sekarang ni SPA dah tak pos surat panggilan macam dulu dah. Diorang just email je then korang kene. Jadi pastikan email korang letak dalam permohonan tu betul-betul valid dan korang kene selalu check. Sesetengah tu dapat sms panggilan temuduga, tapi still korang kene check email n print surat tu. Kenapa penting? Sebab dalam surat tu ade maklumat Lembaga Temuduga (LTD) korang untuk pastikan korang ke bilik mana dan siapa yang akan menemuduga korang. Calon temuduga time saya dulu ramai sangat so diorang akan pecah2 ikut group LTD. Kalau tak bawak dah terkial-kial nk print. terpaksa manunggu lama pulak. Giliran korang dipanggil pulak ditentukan oleh susunan surat panggilan tu, takde surat tak panggil-pangillah nama korang. I/C pun penting jugak sebab diorang nak sah kan identiti takot ade orang menyamar untuk amik test fizikal bagi pihak korang. Jangan gelak sebab pernah terjadi.
Email yang saya terima. |
2)Datang Awal Sejam
Kalau masa temuduga korang pukul 8pagi, kul 7pagi elok korang dah ada sana. Serius tak main-main kalau korang betul-betul nak tingkatkan peluang untuk lepas ujian fizikal. Kenapa? First sebab ramai calon datang temuduga, kalau korang sampai awal tak de lah korang kene tunggu giliran sampai petang. Saya sampai sejam awal pun masih beratur. Second, kalau korang dapat giliran awal panel penemuduga masih lagi ade 'mood' nak layan korang mintak second chance nak test balik contoh ujian penglihatan yang ramai terkandas dan sebagainye. Masa petang tu panel semua dah penat, kepala dah ingat nak balik dah, jgn harap nak layan korang.
Pusat Temuduga SPA Kuantan, Mahkota Square |
3)Pakaian sukan.
Ade jugak kes terlepas pandang surat panggilan tu ad ujian fizikal. Ingat terus ujian lisan macam mintak kerja opis so datang pakai seluar slack, kasut kulit, berkemeja siap denga tali leher. Memang susah nak lepas sebab nak melompat, mengangkang pakai sluar slack nie mengganggu sikit. Kena nasib tak baik panel awal-awal reject sebab tak alert. Pakaian sukan tu janganlah yang ketat ala skinny tu pulak, susah korang sebab panel akan suruh lipat kaki seluar sampai paha nanti untuk pemeriksaan parut.
4)Tinggi dan berat minimum
Ketinggian minimum 157cm bagi calon lelaki dan 153cm bagi calon wanita. Berat minimum pulak 48kg bagi calon lelaki dan 46kg bagi calon wanita. Ujian yang pertama korang kene tempuhi. Bahagian nie, kalau korang ade cable pangkat datuk nenek sekali pun memang susah nak lepas kalau tak mengcukupi. Kalau lebih tak apa pulak selagi paras BMI ok. Batch saya penah kene buat ujian fizikal semula sebab jadi isu 2 orang calon terlalu rendah dan nampak ketara ketika dalam perbarisan.
5)BMI
Hak nie memang kritikal, sangat-sangat kritikal. kebanyakkan calon balik awal sebab BMI lh. Korang sebelum gi temuduga tu check dulu BMI dan buat apa yang patut seperti naikkan berat atau kurangkan berat. BMI korang patut 19-26 sahaja, yang over 24 tu korang buat-buat lah berdiet dan jogging sikit-sikit bagi kurang berat. Yang terkurang dari 19 tu usahakan makan banyak sikit, ada tips dari sahabat saya makan pisang banyak-banyak untuk naikkan berat. Sayanglah korang berat dan tinggi minimum dah cukup tapi BMI pulak kacau.
6)Ujian Penglihatan
Ujian kedua penyebab ramai calon balik awal. Ujian mata nie terbahagi kepada dua, Snellen Chart Test dan test rabun warna. Snellen Chart Test nie korang kene baca huruf-huruf yang ditunjuk panel dalam jarak 6 meter. Tips die kat sini bila korang dah siap sebelah mata katakanlah sebelah kanan, sebelum test mata kiri start korang make sure korang dah bersedia dulu sebelum start test mata kiri tu sebab masa test mata kanan dijalankan, mata kiri dalam keadaan tertutup, bila bukak mata kiri tu awal-awal die akan jadi blur sikit macam kamera phone tengah adjust focus gitu. Bersedia yang saya maksudkan ialah pastikan dah hilang blur tu baru bagi isyarat dekat panel menandakan kita sudah bersedia.
7)Ukuran Dada (Calon Lelaki sahaja)
Mengikut panduan pemeriksaan fizikal dan pancaindera dari portal SPA ukuran dada sebelum tarik nafas ialah 79cm dan 84cm selepas tarik nafas. Tetapi, panel penemuduga saya memaklumkan yang mereka kira sebenarnye ialah perbezaan ukuran sebelum dan selepas tarik nafas mesti 5cm. contoh jika ukuran dada kita sebelum tarik nafas ialah 80cm, maka selepas tarik nafas ukuran kita mesti sekurang-kurangnye 85cm.
8)Pemeriksaan Tubuh Badan
Part nie korang kena buka baju (calon lelaki) dan lipat kaki seluar sampai ke paha sebab diorang nak check kot2 ade parut. Jadi yang bulu ketiak atau bulu-bulu lain yang berlebihan tu korang pikir sendirilah ye ape korang ptut buat. Yang ade parut calar balar macam gi berperang tu jangan risau kalau takde tulang patah, urat putus sebagainye. Diorang check parut tu nak check korang ade excident atau jalani pembedahan. Ade atau takde parut panel tetap akan suruh korang pumping dan melompat lutut cecah dada untuk tengok kemampuan korang. Berapa banyak nak lompat @ pumping? bergantung pada panel, saya punye panel suruh buat sampai dia suruh berhenti. Tercungap-cungap lepas siap tu.
Macam nie lah gaye nye. (Gambar: Ihsan Google) |
9)Berkawad
Panel akan test cara korang berkawad dan time nie lah die detect masalah fizikal yang lain seperti tangan bengkok, bahu bongkok dan sebagainye. sebelum go interview nanti try korang berdiri depan cermin atau suruh orang lain perhatikan postur badan korang ok tak. Pastu nak pesan kalau panel tak bagi pakai baju dan suruh korang kawad depan orang tu, pedulikan lah control macho korang tu dan buat sebaik-baiknye. Malunye saya time nie sebab kene kawad dalam keadaan tak berbaju depan orang termasuk panel wanita pun ade terus jadi tunggang langgang, nasib baik panel tu baik hati bagi test lagi sekali.
10)Panggilan kepada panel
Korang study lah pangkat dan gelaran bagi panel-panel korang. Lebih-lebih lagi yang pakai uniform lengkap dengan pangkat atas bahu tu. Nampaklah sikit korang nie bersungguh dan hormat kat diorang. Gred 19 korang blh panggil Encik/Cik bagi gred 22-28 pggilan nye Chif, bagi gred 29 dan ke atas Tuan/Puan/Dato/TanSri etc. Bahagian temuduga lisan tu try jorang tnye staff SPA di kaunter siapa nama panel korang supaya korang boleh panggil dengan gelaran yang betul. Jangan panggil baham loghat ko, hang, demo pulak.
Pangkat dan Gelaran Pegawai Imigresen |
11)Bawa sijil-sijil dan dokumen lain.
Jika korang lepas semua ujian, korang kene ke kaunter SPA untuk sahkan temuguda lisan pulak. Time nie korang bg sekali sijil2 dan dokumen yang korang dah susun dalam fail(cari cara susunan fail untuk temuduga dengan betul) dekat pegawai SPA tu untuk semak kot2 ade yang salah atau tertinggal. Jadi tak kalut sangat keesokkan nye, korang boleh fokus dengan study mengenai jawatan dan jabatan pulak.
Contoh Susunan Dokumen |
Itu sahaja lah tips dan sedikit pengalaman saya ketika temuduga fizikal P.Imigresen KP19. Inshaa Allah saya akan kongsikan pula tips2 temuduga lisan di lain entry. semoga post ini memberi manfaat dan goodluck kepada calon2 temuduga. :)
22 March 2013
MDAB − Mengubah Destini Anak Bangsa /Pra Diploma
Apa itu MDABMDAB? Apa tu? Biskut k? Biskut tengkorak hang!
MDAB merupakan satu program di bawah UiTM di mana program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada anak-anak bumiputera yang berpendapatan keluarga rendah serta keputusan SPM yang tidak melayakkan mereka ke universiti awam.
Para pelajar MDAB atau pra diploma ini akan belajar selama 6 bulan. Kemudian, mereka akan ada satu ujian di mana jika mereka lulus ujian tersebut mereka akan terus diserap ke tahap diploma mengikut bidang yang diminati masing-masing.
Syarat kelayakannya hanyalah Kredit 3 subjek termasuk BM dan lulus Bahasa Inggeris (minimum E)
MDAB atau program Mengubah Destinasi Anak Bangsa ini sangat saya recommend buat pelajar-pelajar bumi putera di luar sana yang kurang bernasib baik. Lebih menguntung buat para pelajar daripada anda pergi ke kolej swasta atau institut kemahiran. Mengapa? Sebab… :
1.Masuk Percuma
-Tak ada yuran! Masuk free! Masuk kolej swasta tahu-tahu sahajalah yurannya macam mana. Institut kemahiran pun ada mengenakan yuran bukan? Tetapi untuk pra diploma tidak dikenakan yuran. Mana lebih baik?
2.Tak Perlu Pinjaman
-Tak ada yuran of courselah tak ada pinjaman. So, tak payahlah nak risau kalau study sekerat jalan tak adalah nak menanggung hutang PTPTN macam kolej swastakan?
3.Elaun Setiap Bulan
-Sudahlah masuk free, dapat elaun pula! UiTM pula yang bayar kepada pelajar, bukan sebaliknya. Pelajar akan mendapat elaun sekitar RM200 hingga RM400 sebulan mengikut pendapatan keluarga. Jika keluarga anda berpendapatan rendah maka mungkin tinggilah sedikit elaun yang akan pelajar tersebut dapat.
4.Silibus pelajaran tidak susah
-Anda akan belajar Matematik dan Bahasa Inggeris sahaja! Dan semua yang ada dalam mata pelajaran ini sudah pun kita belajar di sekolah menengah! Bukan level universiti pun pra diploma ini. Cuma membezakannya dengan sekolah menengah ialah cara pembelajarannya yang lebih banyak ke arah presentation dan assignment.
5.Dapat duit Zakat RM2000 jika berjaya masuk ke peringkat diploma.
-Huh! Dah dapat elaun dan macam-macam pun beri duit lagi?! RM2000 tu! Namun, duit zakat ini bukan dari pihak UiTM tetapi daripada badan kebajikan.
Pihak UiTM mungkin hanya memohon untuk anda. Layak atau tidak bergantung di atas nasib masing-masing dan kelayakan yang dikehendaki oleh badan kebajikan tersebut. Kebiasaannya tiada masalah dalam kelulusan duit zakat ini.
Adui! Untungnya kaum bumi putera ini. Macam makan disuap, mandi disabun! TETAPI! Ramai juga yang hanyut! Yang ni manusia yang tak bersyukur. Sudah diberi macam-macam pun tak dihargai. Duit elaun pun buat enjoy. Adui! Susah nak membentuk kaum bumiputera ini terutama yang digelar Melayu! Bukan semua tetapi tidak salah jika saya cakap kebanyakannya adalah bergitu. Huh! Bukan omong kosong, bukan reka skrip tetapi dari pengalaman sendiri. Jadi nasihat saya bagi pelajar-pelajar lepasan SPM yang berhajat nak masuk program ini. Betulkan niat anda ke sini, jika sekadar kerana duit atau nak berlagak dengan title student. TAK PAYAH!
Cara nak masuk ke program ini? Pergi ke laman web UiTM dan download borang MDAB, isi, then pos.
Selamat Maju Jaya!
14 March 2013
Mengurus Masa Anda!
1.Adakah anda biasanya
bangun tepat pada masanya?
2.Adakah anda
menyimpan kebanyakan pelantikan anda?
3.Adakah anda menepati
tarikh akhir tugasan anda?
4.Adakah anda mula melakukan
kerja rumah atau tugasan anda lebih awal supaya saya tidak perlu untuk
tergesa-gesa menyiapkannya di saat-saat terakhir?
5.Adakah anda
menggunakan senarai untuk menjaga dianjurkan?
6.Adakah rekod tarikh akhir anda tugasan pada
kalendar anda?
7.Adakah anda
mengelakkan belajar di depan TV?
8.Adakah anda mengkaji
subjek yang sukar terlebih dahulu?
9.Adakah anda menjadualkan
masa untuk mengulangkaji untuk peperiksaan?
10.Adakah anda
mempunyai sedikit masa untuk diri sendiri berehat dan relaks?
Jika anda telah menjawab 'Tidak' kepada tiga atau lebih
daripada soalan di atas, maka anda perlu untuk meningkatkan kemahiran pengurusan
masa. Masa adalah sumber yang unik kerana ia tidak boleh kita kumpul,
dihidupkan atau dimatikan dan digantikan. Apa sahaja masa yang telah kita
sia-sia akan hilang selama-lamanya. Oleh itu, kita mesti menghargai masa kita
dengan merancang dan menguruskannya dengan berkesan supaya kita boleh meng’optimis’kan
masa kita bagi mencapai matlamat hidup kita.
Setiap orang mempunyai jumlah masa yang sama iaitu 24 jam setiap
hari, 60 saat setiap minit. Adalah penting bagi kita untuk membuat perancangan masa
yang paling berkesan untuk kita mencapai matlamat kita. Sebelum kita belajar
bagaimana untuk menguruskan masa kita dengan berkesan, mari kita terlebih
dahulu memahami bagaimana anda menggunakan masa anda setiap hari.
Langkah 1 –
Analisis
Pertama, mengetahui kira-kira berapa jam setiap hari anda
belanjakan untuk tidur, kelas, sukan, dan lain-lain Mari kita melihat satu
contoh di sini. Ini adalah analisis saya bagaimana saya biasanya menggunakan
masa saya.
Tidur -10 jam
Makan - 2 jam
Ronda-ronda - 1 jam
Kelas - 4 jam
Sukan - 2 jam
Permainan Komputer - 3
jam
Sosial - 2 jam
Berdasarkan senarai ini, aktiviti manakah yang anda fikir
saya telah menghabiskan terlalu banyak masa untuknya? Aktiviti manakah yang tidak
diperuntukkan masa yang mencukupi? Adakah terdapat aktiviti penting yang telah
saya tertinggal? Apakah aktiviti tersebut dan mengapakah anda berfikir ianya
penting?
Langkah 2 – Merancang
Setelah anda mengetahui kebiasaan anda menggunakan masa
anda, langkah seterusnya ialah merancang bagaimana untuk menghabiskan masa anda
dengan lebih berkesan.
Sekarang, mari kita lihat pada senarai aktiviti saya lagi.
Selepas menganalisis penggunaan masa saya, ini adalah bagaimana perancangan
masa baru saya untuk menggunakan masa saya dengan berkesan. Adakah anda
bersetuju dengan perancangan masa saya?
Tidur - 8 jam
Makan - 2 jam
Berehat - 1 jam
Kelas – 4 jam
Sukan – 2 jam
Sosial – 1 jam
Membaca - 2 jam
Menulis blog - 2 jam
Mengulangkaji - 2 jam
Selepas saya melakukan perancangan supaya saya boleh
menggunakan masa saya dengan lebih berkesan, saya perlu mematuhi perancangan
yang telah saya tetapkan. Saya perlu
mencuba pelan masa baru saya sekurang-kurangnya seminggu. Jika saya berpuas
hati dengan rancangan itu, maka saya boleh teruskan dengannya. Tetapi, jika
saya masih tidak berpuas hati dengannya, saya perlu untuk analisis sekali lagi
dan merancang semula dengan pendekatan yang berbeza sehingga ia sesuai dengan
saya.
2 March 2013
Pelajar dan motivasi
Pelajar amat memerlukan motivasi ketika berada di dalam keadaan tertekan. Hal ini demikian kerana kehidupan siswa dan siswi kekadang menjadi tegang apabila menghadapi masalah-masalah tertentu seperti assignment yang terlalu banyak dan sebagainya. Jadi, saya akan menyediakan cerita dan kata-kata motivasi untuk anda semua.Saya turut menggunakan kaedah self motivation ini. Setiap post motivasi saya akan mulakan tajuknya dengan 'MOTIVASI' seterusnya diikuti dengan tajuknya sendri.
Selamat bermotivasi:-)
1 March 2013
Cabaran Sebagai Seorang Pelajar
Dalam entri yang lalu, saya ada menyatakan yang kehidupan seorang pelajar amat menyeronokkan. Ya, memang benar bergelar pelajar memang menyeronokkan, akan tetapi, ia dikatakan mempunyai cabarannya yang tersendiri. Benarkah? Mungkin benar namun janganlah kita bimbang sangat, sampai cakar-cakar dinding atau gigit kaki kerusi pula, setiap cabaran dan permasalahan pasti boleh diatasi dengan cara dan kaedah yang betul. Ada pepatah berbunyi, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.Jadi, apakah cabarannya?
1. Mengimbang aktiviti kampus dan akedemik
Bukan mudah membuat dua perkara dalam satu masa. Ia sama seperti sebelah tangan menggosok paha dan sebelah lagi menepuk paha dan tukar dengan pantas. Sukar bukan? Tetapi ingat! Saya tidak menyatakan ia mustahil, saya cuma beranggapan ia sedikit sukar. Penyelesaiannya ialah pengurusan masa. Seorang pelajar haruslah bijak menguruskan masanya dengan baik. Selepas ini saya akan menyentuh lebih dalam mengenai pengurusan masa.
2.Tugasan yang banyak
"Alamak, banyaknya assignment!" Itu mungkin salah satu rungutan seorang pelajar universiti. Memang kebiasaan bagi pelajar menerima tugasan yang diberikan pensyarah, akan tetapi kadang-kala ia menjadi terlalu banyak sehingga ada pelajar terpaksa berjaga sepanjang malam untuk menyiapkannya. Benarkah bergitu? Tidak seratus peratus benar pada pendapat saya, saya tidak nafikan kekadang tugasan yang berlambak menekan saya. Tetapi, saya boleh menyelesaikannya dengan satu cara yang kebanyakkan pelajar gagal untuk buat, JANGAN BERLENGAH!. Ramai rakan-rakan yang suka mengamalkan sikap berlengah dan suka membuat kerja last minute lalu mengakibatkan tekanan perasaan dan hasil kerja yang tidak memuaskan.
3. Terleka
Mudah terleka dengan perkara-perkara lain yang diluar bidang akademik seperti hiburan dan aktiviti sukan. Aktiviti-aktiviti sedemikian tidak salah, malahan perlu bagi seorang pelajar melibatkan diri dengan aktiviti tersebut. Akan tetapi, jangan terlalu fokus terhadap aktiviti tersebut hingga mengabaikan akademik yang sepatutnya diutamakan. Pepatah ada berbunyi, tarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus tepung jangan berselerak. Amalkan pepatah tersebut dalam kehidupan anda. Uruskan 2 perkara tersebut dengan bijak.
4. Pelajaran Susah
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Ingatlah rakan-rakan, tidak ada perkara yang mudah di dunia ini. Semuanya memerlukan usaha. Pernah saya mendengar seorang pakar motivasi berkata "tiada kejayaan tanpa pengorbanan kecuali satu kebetulan". Benar kata-kata itu, untuk sesuatu yang berharga pada masa hadapan haruslah kita berusaha dan berkorban. Gunakan kaedah pembelajaran yang betul, kemaskan nota anda, perbanyakkan latihan, kerapkan ulangkaji. Insyaallah kejayaan akan menyusul.
5.Masa terhad
Pernah anda berkejaran ke sana ke mari semata-mata untuk menyiapkan tugasan atau ke kelas. Benarkah bergitu? Cuba anda rewind balik aktiviti anda sebelum adegan kejar-mengejar tersebut. Adakah pergerakkan anda lincah seperti arnab atau dalam keadaan slow motion seperti kura-kura? Mengapa saya bertanya demikian? Kerana anda berlengah dalam melakukan sesuatu. Adakah berjalan ke kafe atau library mengambil masa hingga setengah jam? Makan sehingga sejam? Pantas rakan-rakan! Sekarang dunia semakin pantas, anda terlambat anda akan tertinggal. Jangan sia-siakan masa anda, bukankah masa itu emas.
Banyak lagi masalah yang dianggap cabaran bagi pelajar yang tidak sempat saya senaraikan di sini. Kesimpulannya, kebanyakkan masalah ini bukanlah masalah besar, tetapi diperbesarkan oleh pelajar itu sendiri. Sesetengah masalah itu pula timbul akibat tindakan pelajar sendiri, jadi siapakah sebenarnya patut dipersalahkan? Sistem pembelajarankah? Adakah kita yang perlu berubah mengikut keadaan atau perlu mengubah keadaan mengikut selera kita? Jawapannya saya rasa anda boleh fikir sendiri. :-)
28 February 2013
Universiti - Satu langkah baru
Universiti? Apa yang anda bayangkan tentang universiti? Bangunan fakulti, dewan kuliah, kafe, gelanggang permainan, studio muzik/kebudayaan dan macam-macam lagi yang boleh anda bayangkan. Bagaimana keadaan di universiti agaknya ya? Saya tersenyum bila teringat akan debaran saya sebelum masuk ke universiti kerana saya bimbang kehidupan saya mungkin membosankan, tetapi bila saya masuk ke sini, saya hanya boleh katakan 'WOW!!' untuk menggambarkan kehidupan alam universiti. Bagi saya, adalah satu kerugian pada mereka yang tidak merasa hidup sebagai pelajar di universiti. Cuba anda bayangkan kemudahannya sahaja, anda boleh menggunakan perpustakaan yang luas, cybercafe, gelanggang futsal, keranjang, ragbi, tennis, badminton, kayak, gymnasium, trek jogging, dan banyak lagi dengan percuma. Tambahan pula elaun pelajar yang sentiasa masuk serta bantuan kerajaan yang melimpah-limpah. Aktiviti-aktiviti kampus pula sentiasa diadakan dan kesemua aktiviti ini amat menyeronokkan seperti berkhemah di tempat-tempat menarik, festival jualan pelajar, malam kebudayaan pelajar yang mengagumkan, konvoi berkenderaan beramai-ramai, explorace dan banyak lagi. Boleh katakan sepanjang saya bergelar pelajar. Saya lansung tidak merasa bosan kerana tiada aktiviti yang hendak dilakukan. Dari segi sukan pula, anda jangan bimbang jika anda tidak ada kemahiran dalam bidang sukan kerana kebanyakan pelajar-pelajar universiti sangat 'sporting', mereka akan bantu anda untuk mengasah bakat anda yang terpendam. Rakan-rakan? Anda lupakan zaman persekolahan anda dahulu kerana di universiti kebanyakan pelajar mempunyai peribadi yang baik, mungkin ada yang tidak seberapa elok perangai tapi hanya segelintir sahaja. Anda akan mempunyai ramai rakan yang sporting, percayalah, tetapi ingat! Anda juga perlu jadi sporting.Kehidupan sebagai seorang pelajar sangat seronok sebenarnya, akan tetapi dalam keseronokkan itu kita harus berwaspada bagi mengelakkan hanyut di dalam arus keseronokan hingga alpa kepada pelajaran. Ramai rakan-rakan yang tewas dengan godaan kehidupan kampus ini, hasilnya mereka sering tertinggal dalam pelajaran dan sering kekurangan wang kerana menghabiskannya untuk berseronok dan gajet. Bayangkan sesetengah pelajar hampir setiap hari ke bandar hanya untuk berkaroeka, shopping, kfc dan sebagainya sedang mereka mempunyai banyak tugasan lain yang perlu disiapkan. Cukup sedih kerana kita hanya mampu melihat mereka alpa begitu kerana tidak mahu dilabel sebagai penyibuk, dengki dan sebagainya. Akan tetapi agak menyusahkan kita, apabila kita terpaksa bekerjasama dengan mereka dalam kerja berkumpulan. Seolah-olah kita berkerja seorang diri kerana mereka hanya memikirkan keseronokkan tetapi endah tidah endah terhadap pelajaran. Mahu tidak mahu, terpaksalah kita membuat sebaik yang mungkin seorang diri kerana tidak mahu mendapat markah yang sedikit. Kadang kala perkara ini amat menyakitkan hati. Ada juga sesetengah pelajar menggunakan alasan sukan dan aktiviti universiti sebagai modal untuk mengelak dari disalahkan kerana akedemik menurun. Sebenarnya tidak salah bersukan, saya juga bersukan. Tetapi haruslah kita bijak mengurus masa kita bersukan disamping menyiapkan tugasan dan mengulangkaji pelajaran.
Namun alhamdulillah, perkara tersebut tidak terjadi kepada saya, malahan rakan sekelas saya juga kebanyakkannya memberi kerjasama yang baik.
LOVE U GUYS! TQ :-)
27 February 2013
I'm the Crazy Student
Hii...Saya Akim Port Lee, berasal dari Kemaman, Terengganu.
Berumur 19 tahun(2013), Masih bujang tapi bukan single. :-P
Merupakan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu Kampus Dungun.
Tujuan saya mewujudkan blog ini untuk berkongsi pengalaman serta pengetahuan saya sebagai pelajar dengan anda dan membantu rakan-rakan yang mungkin memerlukan maklumat yang akan saya paparkan. Semoga kita sama-sama memperoleh manfaat darinya.
Selamat membaca!
*sebarang pertanyaan/cadangan mahupun kritikan, sila email saya - akimlee94@gmail.com
Powered by Blogger.